Tuesday, June 11, 2013

System of Rice Intensification

Padi satu produk makanan masyarakat dunia semenjak dahulu lagi sehingga kini permintaan begitu tinggi dan kadang kala sesebuah negara terpaksa import untuk keperluan pemakanan kerana tidak dapat menampung bekalan dalam negara.
.
Sistem Intensifikasi Padi atau SRI iaitu ‘System of Rice Intensification’ satu kaedah Penanaman Padi telah diusahakan dengan meluas paling berjaya ketika ini kerana lebih cepat dan jimat dari segi kos pengurusan, maka pengeluaran hasil mempunyai pencapaian potensi tinggi menjimatkan hampir 90 peratus berbanding Penanaman Padi Konvensyenel.

Henri de Laulanie bangsa Perancis telah mengembangkan Penanaman Padi SRI di Madagaskar dalam tahun 1980an dan kini sudah banyak Negara Dunia mencapai kejayaan dengan kaedah SRI antaranya Jepun, Iran, Brazil, Sri Langka, China, Indonesia, Filipina dan Iraq serta India. 

Malaysia perkembangan terbaru tentang Penanaman Padi SRI sedang membangunkan segala peralatan jentera yang sesuai untuk digunakan telah digalas pihak kejenteraan Jabatan Pertanian Negeri Selangor iaitu Mesin Menanam dengan keupayaan tanaman hanya 1 atau 2 anak benih di bawah umur 12 hari berjarak 30 cm x 18 cm, serta Mesin dan Peralatan dengan keupayaan menggemburkan tanah antara Barisan Padi ketika umur padi 10, 20 dan 30 juga 40 hari selepas di tanam tanpa mengalami kerosakan pokok padi.  
     
Penanaman Padi SRI Suatu teknikal terbaik amalan penanaman kualiti tinggi, ternyata tahun 1999 Negara Indonesia dan China telah melakukan percubaan teknik SRI mencapai kejayaan, kini 48 Negara Dunia menggunakan Kaedah SRI mendapat pengeluaran hasil antara 7 hingga 10 tan sehektar. Malahan mengikut rekod Laporan pengeluaran hasil lebih 15 tan sehektar dari Negara Afghanistan, Indonesia dan China serta India mencapai kejayaan dengan Sistem SRI.

Sesuatu cukup menarik Sistem SRI telah digabungkan dengan ciri Mesra Alam oleh Pesawah Padi Organik dari Negara China dan Jepun, manakala Negara Indonesia dan Jepun serta Korea telah mengabungkan Sistem SRI dengan hasil kejayaan pembuatan Baja dan Pencegah Perosak tanaman Mesra Alam secara langsung meningkatkan hasil lebih tinggi dalam pasaran dunia yang kian membesar permintaannya.

No comments:

Post a Comment