Saturday, September 17, 2011

Herba Rempah Ratus

Tumbuhan herba rempah suatu bahan semula jadi sajian masyarakat dunia sebagai perisa masakan, jus dan banyak lagi. Khasiat herba rempah ratus sangat baik untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan selain berfungsi mencegah pelbagai penyakit dari peringkat awal. Semenjak dahulu kala, kalangan masyarakat antarabangsa telah menggunakan pelbagai herba rempah ratus untuk menjalani aktiviti harian disamping menambah kekuatan tuduh badan, maka secara langsung mencintai budaya hidup mesra alam yang tidak menjejaskan kesihatan.

Masyarakat zaman teknologi telah melalui perubahan dan perkembangan terbaru begitu pantas sehingga tiada masa menjaga dan mengekalkan kesihatan disamping pencemaran alam tahap tinggi menjejaskan kesihatan masyarakat dunia dan akan menyumbang pelbagai penyakit kronik. Namun begitu, ketika ini tumbuhan herba sudah banyak diproses di serata benua untuk pengeluaran hasil pengilangan bagi membekalkan pasaran permintaan masyarakat dunia yang semakin meningkat kerana ingin hidup lebih sihat dan selesa untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang semakin cepat merebak, sekiranya kurang daya tahan penyakit.

Halia sejenis tumbuhan herba rempah ratus yang banyak khasiat dan kegunaannya selain campuran perisa makanan dalam masakan. Halia dari sudut saintifik nama botaninya digelar zinggiber officinale boleh menjadi bahan ramuan mencantikkan bibir dan kulit terutama sekali kulit wajah serta mencegah jangkitan parasit juga merawat luka.

Halia berkesan memperbaiki dan meningkatkan daya tahan seks disamping memecahkan lemak dalam tubuh, menambah selera makan, merawat rasa tidak selesa atau rasa mual atau loya dan dapat mengelakkan kejang. Kaya dengan khasiat pati minyak oleoresin, vitamin A, B, C, asid organik, protein, bantu penghadaman, membuang angin dalam badan kerana mempunyai bahan semulajadi yang dapat memanaskan badan dan boleh diambil ketika cuaca sejuk untuk menahan kedinginan.

Ibu hamil dan orang sedang dalam rawatan tidak digelakkan mengambil dalam kuantiti yang banyak, mintalah nasihat pakar pemakanan atau doktor yang merawat anda seandainya mahu mengamalkannya dan berapa banyak dos atau sukatan yang boleh diambil.

No comments:

Post a Comment