Makanan halal menyumbang kepada tubuh badan hidup mesra alam sepanjang masa. Makanan tercemar dengan pelbagai bahan kimia akan merosakan organ-organ dalaman tubuh badan manusia dan menjejaskan kesihatan serta menggangu aktiviti juga ekonomi harian kerana tidak berdaya saing disamping kos sarah hidup meningkat. Ini masalah masyarakat dunia yang sedang dihadapi ketika ini?
Makanan halal bersih lagi suci akan menyuburkan tubuh badan dan pemikiran yang terbaik disamping menjalani aktiviti harian dalam menjadikan budaya masyarakat hidup lebih sihat. Tidak kira apa anda makan asalkan halal bersih lagi suci ia tetap menyumbang kepada tubuh dan pemikiran yang sihat. Ramai orang kurang sihat dan berada dihospital, cuba hitung berapa yang telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit berpunca daripada makanan tercemar serta tidak halal dan sebagainya akan memusnahkan hidup anda sedikit demi sedikit.
Pilih hidangan makanan keluarga dengan bijak supaya anda tidak menyesal. Makanan halal bersih lagi suci lebih berkat walaupun sedikit. Makanan halal boleh didapati dari pelbagai lokasi berdekatan dengan anda seperti makanan mempunyai logo halal atau tempat yang anda sedia ketahui dengan pasti tanpa was-was.
Keperluan makanan halal begitu tinggi dengan permintaan pasaran dunia melebihi 6 billion setahun, masih belum menampung pengguna masayarakat antarabangsa keseluruhan. Dimana masyarakat Eropah bukan Islam juga memilih makanan halal supaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan sekali gus mencegah penyakit kritikal sepanjang hayat malah dapat mengurangkan kos rawatan akibat makanan tidak halal dan bila kita renung sejenak betapa pentingnya makanan halal dalam kehidupan masyarakat dunia yang boleh menjamin kesihatan selagi hidup dimuka bumi ini.
Potensi pasaran dan kualiti Makanan Halal bukan sahaja menyumbang kepada budaya hidup sihat malah membina Industri Halal Global sekali gus membekalkan makanan bebas pencemaran alam dan mengelakkan pelbagai punca penyakit sekiranya pengeluar produk halal mematuhi keperluan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) yang selaras dengan Sistem Pembangunan Standard Malaysia dibawah tanggung jawab Jabatan Standard Malaysia (DSM).
Keistimewaan produk halal boleh melahirkan pemikiran mental cukup hebat dan telah terbukti melalui kajian saintifik semenjak zaman kegemilangan Islam hingga diakui para saintis dunia bahawa makanan halal akan mempengaruhi jati diri seseorang itu yang akan membentuk peribadi mulia disisi Tuhan dan masyarakat sekelilingnya. Tidak hairan produk halal sedang berkembang luas serata dunia bukan sahaja dari segi makanan halal malahan pelbagai urusan berlandaskan syariah seumpamanya mahupun perbankan Islamic dan sebagainya.
Sesuatu yang menarik Negara Malaysia telah menganjurkan Forum halal Sedunia (WHF) pertama kali di rantau Eropah yang dihadiri 33 negara selama dua hari tahun lalu nov 17 & 18 di Pusat Konvensyen Dunia Hugue, Belanda dalam mengembangkan potensi Industri Halal di arena antarabangsa dan menyampaikan mesej sebenar produk halal. Forum bertemakan ‘Potensi Halal- Fokus Serantau’ Penceramah forum Mufti Besar Bosnia Herzegovina dan Dr Mustafa Ceric serta Dr Michael Appleby ahli Majlis Ternakan Ladang United Kingdom, menjelaskan dengan lebih terperinci difinisi dan potensi produk halal telah mendapat sambutan dan diterima masyarakat dunia tanpa sempadan benua.
Dapat disimpulkan industri halal boleh membina Ekonomi Masyarakat antarabangsa dan menyumbang pembangunan minda insan kualiti disamping hidup mesra alam dan bebas daripada serangan penyakit kritikal yang berpunca daripada pembuatan pengeluar atau pengilang makanan mematuhi Sistem Standard Antarabangsa.

No comments:
Post a Comment