Tuesday, May 14, 2013

IriScan Book 2

Produk teknologi pintar pengimbas kertas mudah alih gaya hidup mesra alam, cukup hebat dan terbaik buat masa kini kerana memberikan kepuasan juga kemudahan membuat imbasan serta memindahkan sesuatu teks dari pelbagai buku ke dalam bentuk Digital dengan cepat tanpa melibatkan banyak pembuangan masa para penggunanya.

Iriscan Book 2 dapat menjimatkan kos dan masa untuk melakukan kerja menjadi pantas juga begitu mudah tanpa memerlukan computer untuk operasinya. Paling menarik ia boleh dibawa kemana sahaja, ringan dan tahan serta memuaskan jua tidak memerlukan kemahiran bila menggunakannya begitu ringkas sekali.

Iriscan Book 2 bukan sahaja boleh mengimbas tetapi setelah teks diimbas ia juga boleh diedit dengan menggunakan perisian biasa dan boleh disimpan data tersebut dalam storan awam. Terpulang  kepada anda berapa kerap kali melakukan kerja yang cukup memberikan kemudahan pada bila-bila masa sahaja untuk anda melaksanakan tugas tanpa pembantu atau setiausaha peribadi.

Produk pintar mudah alih IriScan Book 2 direka khusus hanya dengan menggunakan kuasa bateri dan storan yang dibuat ke dalam kod memori dan anda boleh melakukan pemindahan semua data kepada komputer.


No comments:

Post a Comment