Friday, August 2, 2013

Ramadan Spesies Kurma

Bumi arab terkenal dengan penanaman kurma sehingga 600 spesies kurma, melata sepanjang musim dan berbuah dengan segar berterusan hingga ke hari ini, jika di hitung spesies kurma seluruh dunia menjangkau bilangan 1,400 spesies.

Tumbuhan Kesihatan terkenal di dunia Arab namun demikian ia turut di tanam di serata dunia dan terdapat perbezaan gred antara negara seperti di China, Rusia dan Amerika Syarikat.

Kurma paling Popular sebanyak 10 Spesies.
Antaranya Kurma Nabi/Ajwa, Kurma Sekki, Kurma Barhi, Kurma Kholas, Kurma Khidri, Kurma Mactoumi, Kurma Sokari, Kurma Siraj dan Kurma Majol serta Kurma Monief.

Kurma Nabi/Ajwa
Kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW. Memiliki warna hitam dan tekstur lembut serta mempunyai rasa seakan Kismis namun begitu tidak terlalu manis. Keistimewaan Kurma Nabi/Ajwa tiada di merata tempat dan hanya tumbuh di Bumi Tanah Suci Madinah sahaja.

Kurma Sekki
Mempunyai rasa tidak terlalu manis dan tidak tawar. ................



Tuesday, June 11, 2013

System of Rice Intensification

Padi satu produk makanan masyarakat dunia semenjak dahulu lagi sehingga kini permintaan begitu tinggi dan kadang kala sesebuah negara terpaksa import untuk keperluan pemakanan kerana tidak dapat menampung bekalan dalam negara.
.
Sistem Intensifikasi Padi atau SRI iaitu ‘System of Rice Intensification’ satu kaedah Penanaman Padi telah diusahakan dengan meluas paling berjaya ketika ini kerana lebih cepat dan jimat dari segi kos pengurusan, maka pengeluaran hasil mempunyai pencapaian potensi tinggi menjimatkan hampir 90 peratus berbanding Penanaman Padi Konvensyenel.

Henri de Laulanie bangsa Perancis telah mengembangkan Penanaman Padi SRI di Madagaskar dalam tahun 1980an dan kini sudah banyak Negara Dunia mencapai kejayaan dengan kaedah SRI antaranya Jepun, Iran, Brazil, Sri Langka, China, Indonesia, Filipina dan Iraq serta India. 

Malaysia perkembangan terbaru tentang Penanaman Padi SRI sedang membangunkan segala peralatan jentera yang sesuai untuk digunakan telah digalas pihak kejenteraan Jabatan Pertanian Negeri Selangor iaitu Mesin Menanam dengan keupayaan tanaman hanya 1 atau 2 anak benih di bawah umur 12 hari berjarak 30 cm x 18 cm, serta Mesin dan Peralatan dengan keupayaan menggemburkan tanah antara Barisan Padi ketika umur padi 10, 20 dan 30 juga 40 hari selepas di tanam tanpa mengalami kerosakan pokok padi.  
     
Penanaman Padi SRI Suatu teknikal terbaik amalan penanaman kualiti tinggi, ternyata tahun 1999 Negara Indonesia dan China telah melakukan percubaan teknik SRI mencapai kejayaan, kini 48 Negara Dunia menggunakan Kaedah SRI mendapat pengeluaran hasil antara 7 hingga 10 tan sehektar. Malahan mengikut rekod Laporan pengeluaran hasil lebih 15 tan sehektar dari Negara Afghanistan, Indonesia dan China serta India mencapai kejayaan dengan Sistem SRI.

Sesuatu cukup menarik Sistem SRI telah digabungkan dengan ciri Mesra Alam oleh Pesawah Padi Organik dari Negara China dan Jepun, manakala Negara Indonesia dan Jepun serta Korea telah mengabungkan Sistem SRI dengan hasil kejayaan pembuatan Baja dan Pencegah Perosak tanaman Mesra Alam secara langsung meningkatkan hasil lebih tinggi dalam pasaran dunia yang kian membesar permintaannya.

Tuesday, May 14, 2013

IriScan Book 2

Produk teknologi pintar pengimbas kertas mudah alih gaya hidup mesra alam, cukup hebat dan terbaik buat masa kini kerana memberikan kepuasan juga kemudahan membuat imbasan serta memindahkan sesuatu teks dari pelbagai buku ke dalam bentuk Digital dengan cepat tanpa melibatkan banyak pembuangan masa para penggunanya.

Iriscan Book 2 dapat menjimatkan kos dan masa untuk melakukan kerja menjadi pantas juga begitu mudah tanpa memerlukan computer untuk operasinya. Paling menarik ia boleh dibawa kemana sahaja, ringan dan tahan serta memuaskan jua tidak memerlukan kemahiran bila menggunakannya begitu ringkas sekali.

Iriscan Book 2 bukan sahaja boleh mengimbas tetapi setelah teks diimbas ia juga boleh diedit dengan menggunakan perisian biasa dan boleh disimpan data tersebut dalam storan awam. Terpulang  kepada anda berapa kerap kali melakukan kerja yang cukup memberikan kemudahan pada bila-bila masa sahaja untuk anda melaksanakan tugas tanpa pembantu atau setiausaha peribadi.

Produk pintar mudah alih IriScan Book 2 direka khusus hanya dengan menggunakan kuasa bateri dan storan yang dibuat ke dalam kod memori dan anda boleh melakukan pemindahan semua data kepada komputer.