Sunday, August 12, 2012

'Kekacang' legumes

Kacang Macadamia
Kini dalam pasaran global terdapat berbagai kacang berkhasiat antaranya Kacang Macadamia yang banyak mengandungi Zat Besi, Kalsium dan Magnesium dan kaya dengan Lemak Sihat sehingga 70% namun sangat rendah Protein hanya dengan kadar 8% sahaja. Walaubagaimanapun ia baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat disamping mengurangkan serba sedikit rasa mengantuk.

Kacang Macadamia boleh memulihkan gangguan Hati, menentang Anemia juga dapat membantu mengatasi ketagihan Alkohol terhadap peminum tagar yang sukar untuk berhenti daripada tabiat itu. Begitu hebat memperbaiki Sistem Saraf tubuh menjadi kebal menentang serangan penyakit berjangkit seperti tersebut.

Kacang Walnut
Begitu menarik antaranya menpunyai kandungan Asid Lemak Omega-3, memelihara fungsi Otak menjadikan fikiran lebih bijak, boleh membantu melindungi Jantung dan juga ada Magnesium.

Berkhasiat mengawal penyakit Barah, melagakan Stres tetapi harus dimakan mentah-mentah, satu pengalaman untuk para pelajar iaitu fungsi otak akan jadi pintar terutama sekali bila sibuk belajar dalam kelas kuliah dan menumpukan perhatian ketika guru menerangkan mata pelajaran yang terlalu sukar.

Friday, July 20, 2012

Muzik Profesional Antarabangsa


Pencarian bakat seawal usia 12 hingga 18 tahun, sudah menamatkan enam tahun sesi persekolahan disamping memiliki dedikasi bidang akademik dan instrumen muzik telah dipilih. Pelajar harus mempunyai 'Kriteria Utama' mata pelajaran Bahasa Inggeris A2/B1 serta mahir memainkan Intrumen Muzik Klasik.

Selain belajar seni persembahan, konsert dan intrumen muzik seperti biola, seruling dan klarinet, para pelajar perlu mengikuti kelas Matemetik, Sains, Kemanusiaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga Pendidikan Jasmani.

Tahiah Malaysia dipilih sebagai Negara lokasi pertama dikawasan seluruh Asia untuk sesi uji bakat seterusnya akan diperluaskan ke Negara lain iaitu Seoul, Korea Selatan; Singapura dan Shanghai, China serta Bangkok, Thailand.

Pelajar berminat menyertai pangajian di AMADEUS - International School of Music Vienna, Australia (AMADEUS - VIENNA) akan melangsungkan Sesi Akademik pertama September 2012 turut menyediakan pendidikan khas muzik dan latihan Profesional Antarabangsa sampai peringkat tinggi setelah kalangan pelajar terpilih terus mengikuti pengajian dari grad 7 hingga gred 12 dan layak menerima segolong Diploma. Disamping suasana pembelajaran menarik dan merangsang inovasi tinggi jua dedikasi muzik untuk melatih para pelajar menjadi Pemuzik Profesional Antarabangsa.

Maklumat lebih lanjut berkenaan Akademik. Sila layari: www.amadeus - vienna.com


Wednesday, January 25, 2012

Bunga Kenanga

Masyarakat antarabangsa sudah lama menggunakan kuntum bungga kenanga untuk merawat secara tradisional dan kini ia sudah menjadi ramuan produk teknologi tinggi dengan kaedah saintifik terbukti berkesan menentang serangan penyakit namun begitu rawatan tradisional jua masih digunakan selain jimat kos, ia juga tiada bahan kimia merbahaya yang menjejaskan kesihatan.

Penyakit Malaria begitu juga Lelah kaedah rawatan tradisional hanya guna 3-5 kuntum bunga kenanga dengan mencelur ke dalam bekas air panas mendidih dan biar seketika 15 minit. Bila air sudah suam minum siang dan malam seperti meminum air biasa dan tiada kesan sampingan.

Rawatan untuk di minum daripada kumtum bunga kenanga ini sememangnya cukup mudah boleh pilih sama ada ia kering atau masih segar. Anda boleh rabus atau rendam dalam aip panas dan tutup tunggu seketika 15 minit kemudian tapis air itu dan minum.

Jangan susah hati tenangkan minda anda tanpa serangan penyakit kritikal disamping menjana gaya hidup mesra alam. By.. by Kenanga jumpa lagi minum bersama aku sayang...Senyum selalu...