Thursday, September 29, 2011

Oksigen Tubuh Seimbang

Biasakan diri anda melawan arus kehidupan serba mencabar. Setiap masa selalu dapatkan oksigen semula jadi bina kekuatan tubuh badan untuk memelihara kesihatan. Antara sumber oksigen semula jadi yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan tubuh ialah bangun awal pagi dan hidu udara bersih disekitar yang banyak tumbuhan hijau berdekatan lokasi anda. Tubuh badan anda akan serta merta sihat namun oksigen dalam tubuh badan akan berkurangan disebabkan aktiviti kehidupan moden yang tidak dapat dielakkan seperti pencemaran dan sebagainya.

Anda perlukan oksigen sepanjang waktu untuk aktiviti harian dalam masa yang sama kesihatan tidak terjejas. Pengunaan alat bantuan dapat mengekalkan oksigen dalam tubuh badan sepanjang masa supaya tidak letih bekerja seperti magnet bertekanan tinggi, infra red, titinium, herba asli, vitamin dan sebagainya.

Tubuh badan akan kekurangan oksigen disebabkan banyak faktor antaranya penggunaan alat teknologi tertentu tetapi tidak membahayakan, hanya menjejaskan kesihatan namun demikian pelbagai alatan teknologi harus digunakan untuk kemudahan disamping itu pencemaran alam, menu pemakanan yang salah dan berlebihan untuk keperluan tubuh, aktiviti harian yang agak lasak dan sebagainya juga turut menyumbang terhadap kekurangan oksigen yang semakin tidak seimbang.

Seseorang yang kurang oksigen dan tidak seimbang dalam badan akan cepat letih bila melakukan kerja-kerja berat, kerja harian ringan tetapi kurang bertenaga, fungsi otak akan menjadi tidak sensetif dan memori merusut, pendengaran berkurangan, penglihatan agak kabur, sukar bernafas dan sebagainya yang berkaitan dengan saraf.

Hidup mesra alam masih boleh diteruskan kalangan masyarakat dunia, biarpun apa sahaja pelbagai alat teknologi yang digunakan tetapi harus gunakan alat teknologi yang boleh seimbangkan oksigen dalam tubuh badan kerana setiap hari tubuh badan memerlukan keseimbangan oksigen untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik terutama sekali memelihara kesihatan dan mencegah serangan penyakit walaupun sibuk dan menghalang faktor-faktor yang akan mengurangkan oksigen tubuh badan.

Perlu diingatkan sekali lagi, banyak faktor punca kekurangan oksigen dalam badan bukan sahaja daripada alat teknologi tertentu malahan paling ketara ialah pencemaran alam yang sukar dibendung dan cita rasa hidup seseorang itu sendiri.

Saturday, September 17, 2011

Herba Rempah Ratus

Tumbuhan herba rempah suatu bahan semula jadi sajian masyarakat dunia sebagai perisa masakan, jus dan banyak lagi. Khasiat herba rempah ratus sangat baik untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan selain berfungsi mencegah pelbagai penyakit dari peringkat awal. Semenjak dahulu kala, kalangan masyarakat antarabangsa telah menggunakan pelbagai herba rempah ratus untuk menjalani aktiviti harian disamping menambah kekuatan tuduh badan, maka secara langsung mencintai budaya hidup mesra alam yang tidak menjejaskan kesihatan.

Masyarakat zaman teknologi telah melalui perubahan dan perkembangan terbaru begitu pantas sehingga tiada masa menjaga dan mengekalkan kesihatan disamping pencemaran alam tahap tinggi menjejaskan kesihatan masyarakat dunia dan akan menyumbang pelbagai penyakit kronik. Namun begitu, ketika ini tumbuhan herba sudah banyak diproses di serata benua untuk pengeluaran hasil pengilangan bagi membekalkan pasaran permintaan masyarakat dunia yang semakin meningkat kerana ingin hidup lebih sihat dan selesa untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang semakin cepat merebak, sekiranya kurang daya tahan penyakit.

Halia sejenis tumbuhan herba rempah ratus yang banyak khasiat dan kegunaannya selain campuran perisa makanan dalam masakan. Halia dari sudut saintifik nama botaninya digelar zinggiber officinale boleh menjadi bahan ramuan mencantikkan bibir dan kulit terutama sekali kulit wajah serta mencegah jangkitan parasit juga merawat luka.

Halia berkesan memperbaiki dan meningkatkan daya tahan seks disamping memecahkan lemak dalam tubuh, menambah selera makan, merawat rasa tidak selesa atau rasa mual atau loya dan dapat mengelakkan kejang. Kaya dengan khasiat pati minyak oleoresin, vitamin A, B, C, asid organik, protein, bantu penghadaman, membuang angin dalam badan kerana mempunyai bahan semulajadi yang dapat memanaskan badan dan boleh diambil ketika cuaca sejuk untuk menahan kedinginan.

Ibu hamil dan orang sedang dalam rawatan tidak digelakkan mengambil dalam kuantiti yang banyak, mintalah nasihat pakar pemakanan atau doktor yang merawat anda seandainya mahu mengamalkannya dan berapa banyak dos atau sukatan yang boleh diambil.

Friday, September 16, 2011

Industri Makanan Halal

Makanan halal menyumbang kepada tubuh badan hidup mesra alam sepanjang masa. Makanan tercemar dengan pelbagai bahan kimia akan merosakan organ-organ dalaman tubuh badan manusia dan menjejaskan kesihatan serta menggangu aktiviti juga ekonomi harian kerana tidak berdaya saing disamping kos sarah hidup meningkat. Ini masalah masyarakat dunia yang sedang dihadapi ketika ini?

Makanan halal bersih lagi suci akan menyuburkan tubuh badan dan pemikiran yang terbaik disamping menjalani aktiviti harian dalam menjadikan budaya masyarakat hidup lebih sihat. Tidak kira apa anda makan asalkan halal bersih lagi suci ia tetap menyumbang kepada tubuh dan pemikiran yang sihat. Ramai orang kurang sihat dan berada dihospital, cuba hitung berapa yang telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit berpunca daripada makanan tercemar serta tidak halal dan sebagainya akan memusnahkan hidup anda sedikit demi sedikit.

Pilih hidangan makanan keluarga dengan bijak supaya anda tidak menyesal. Makanan halal bersih lagi suci lebih berkat walaupun sedikit. Makanan halal boleh didapati dari pelbagai lokasi berdekatan dengan anda seperti makanan mempunyai logo halal atau tempat yang anda sedia ketahui dengan pasti tanpa was-was.

Keperluan makanan halal begitu tinggi dengan permintaan pasaran dunia melebihi 6 billion setahun, masih belum menampung pengguna masayarakat antarabangsa keseluruhan. Dimana masyarakat Eropah bukan Islam juga memilih makanan halal supaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan sekali gus mencegah penyakit kritikal sepanjang hayat malah dapat mengurangkan kos rawatan akibat makanan tidak halal dan bila kita renung sejenak betapa pentingnya makanan halal dalam kehidupan masyarakat dunia yang boleh menjamin kesihatan selagi hidup dimuka bumi ini.

Potensi pasaran dan kualiti Makanan Halal bukan sahaja menyumbang kepada budaya hidup sihat malah membina Industri Halal Global sekali gus membekalkan makanan bebas pencemaran alam dan mengelakkan pelbagai punca penyakit sekiranya pengeluar produk halal mematuhi keperluan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) yang selaras dengan Sistem Pembangunan Standard Malaysia dibawah tanggung jawab Jabatan Standard Malaysia (DSM).

Keistimewaan produk halal boleh melahirkan pemikiran mental cukup hebat dan telah terbukti melalui kajian saintifik semenjak zaman kegemilangan Islam hingga diakui para saintis dunia bahawa makanan halal akan mempengaruhi jati diri seseorang itu yang akan membentuk peribadi mulia disisi Tuhan dan masyarakat sekelilingnya. Tidak hairan produk halal sedang berkembang luas serata dunia bukan sahaja dari segi makanan halal malahan pelbagai urusan berlandaskan syariah seumpamanya mahupun perbankan Islamic dan sebagainya.

Sesuatu yang menarik Negara Malaysia telah menganjurkan Forum halal Sedunia (WHF) pertama kali di rantau Eropah yang dihadiri 33 negara selama dua hari tahun lalu nov 17 & 18 di Pusat Konvensyen Dunia Hugue, Belanda dalam mengembangkan potensi Industri Halal di arena antarabangsa dan menyampaikan mesej sebenar produk halal. Forum bertemakan ‘Potensi Halal- Fokus Serantau’ Penceramah forum Mufti Besar Bosnia Herzegovina dan Dr Mustafa Ceric serta Dr Michael Appleby ahli Majlis Ternakan Ladang United Kingdom, menjelaskan dengan lebih terperinci difinisi dan potensi produk halal telah mendapat sambutan dan diterima masyarakat dunia tanpa sempadan benua.

Dapat disimpulkan industri halal boleh membina Ekonomi Masyarakat antarabangsa dan menyumbang pembangunan minda insan kualiti disamping hidup mesra alam dan bebas daripada serangan penyakit kritikal yang berpunca daripada pembuatan pengeluar atau pengilang makanan mematuhi Sistem Standard Antarabangsa.