Friday, August 2, 2013

Ramadan Spesies Kurma

Bumi arab terkenal dengan penanaman kurma sehingga 600 spesies kurma, melata sepanjang musim dan berbuah dengan segar berterusan hingga ke hari ini, jika di hitung spesies kurma seluruh dunia menjangkau bilangan 1,400 spesies.

Tumbuhan Kesihatan terkenal di dunia Arab namun demikian ia turut di tanam di serata dunia dan terdapat perbezaan gred antara negara seperti di China, Rusia dan Amerika Syarikat.

Kurma paling Popular sebanyak 10 Spesies.
Antaranya Kurma Nabi/Ajwa, Kurma Sekki, Kurma Barhi, Kurma Kholas, Kurma Khidri, Kurma Mactoumi, Kurma Sokari, Kurma Siraj dan Kurma Majol serta Kurma Monief.

Kurma Nabi/Ajwa
Kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW. Memiliki warna hitam dan tekstur lembut serta mempunyai rasa seakan Kismis namun begitu tidak terlalu manis. Keistimewaan Kurma Nabi/Ajwa tiada di merata tempat dan hanya tumbuh di Bumi Tanah Suci Madinah sahaja.

Kurma Sekki
Mempunyai rasa tidak terlalu manis dan tidak tawar. ................



Tuesday, June 11, 2013

System of Rice Intensification

Padi satu produk makanan masyarakat dunia semenjak dahulu lagi sehingga kini permintaan begitu tinggi dan kadang kala sesebuah negara terpaksa import untuk keperluan pemakanan kerana tidak dapat menampung bekalan dalam negara.
.
Sistem Intensifikasi Padi atau SRI iaitu ‘System of Rice Intensification’ satu kaedah Penanaman Padi telah diusahakan dengan meluas paling berjaya ketika ini kerana lebih cepat dan jimat dari segi kos pengurusan, maka pengeluaran hasil mempunyai pencapaian potensi tinggi menjimatkan hampir 90 peratus berbanding Penanaman Padi Konvensyenel.

Henri de Laulanie bangsa Perancis telah mengembangkan Penanaman Padi SRI di Madagaskar dalam tahun 1980an dan kini sudah banyak Negara Dunia mencapai kejayaan dengan kaedah SRI antaranya Jepun, Iran, Brazil, Sri Langka, China, Indonesia, Filipina dan Iraq serta India. 

Malaysia perkembangan terbaru tentang Penanaman Padi SRI sedang membangunkan segala peralatan jentera yang sesuai untuk digunakan telah digalas pihak kejenteraan Jabatan Pertanian Negeri Selangor iaitu Mesin Menanam dengan keupayaan tanaman hanya 1 atau 2 anak benih di bawah umur 12 hari berjarak 30 cm x 18 cm, serta Mesin dan Peralatan dengan keupayaan menggemburkan tanah antara Barisan Padi ketika umur padi 10, 20 dan 30 juga 40 hari selepas di tanam tanpa mengalami kerosakan pokok padi.  
     
Penanaman Padi SRI Suatu teknikal terbaik amalan penanaman kualiti tinggi, ternyata tahun 1999 Negara Indonesia dan China telah melakukan percubaan teknik SRI mencapai kejayaan, kini 48 Negara Dunia menggunakan Kaedah SRI mendapat pengeluaran hasil antara 7 hingga 10 tan sehektar. Malahan mengikut rekod Laporan pengeluaran hasil lebih 15 tan sehektar dari Negara Afghanistan, Indonesia dan China serta India mencapai kejayaan dengan Sistem SRI.

Sesuatu cukup menarik Sistem SRI telah digabungkan dengan ciri Mesra Alam oleh Pesawah Padi Organik dari Negara China dan Jepun, manakala Negara Indonesia dan Jepun serta Korea telah mengabungkan Sistem SRI dengan hasil kejayaan pembuatan Baja dan Pencegah Perosak tanaman Mesra Alam secara langsung meningkatkan hasil lebih tinggi dalam pasaran dunia yang kian membesar permintaannya.

Tuesday, May 14, 2013

IriScan Book 2

Produk teknologi pintar pengimbas kertas mudah alih gaya hidup mesra alam, cukup hebat dan terbaik buat masa kini kerana memberikan kepuasan juga kemudahan membuat imbasan serta memindahkan sesuatu teks dari pelbagai buku ke dalam bentuk Digital dengan cepat tanpa melibatkan banyak pembuangan masa para penggunanya.

Iriscan Book 2 dapat menjimatkan kos dan masa untuk melakukan kerja menjadi pantas juga begitu mudah tanpa memerlukan computer untuk operasinya. Paling menarik ia boleh dibawa kemana sahaja, ringan dan tahan serta memuaskan jua tidak memerlukan kemahiran bila menggunakannya begitu ringkas sekali.

Iriscan Book 2 bukan sahaja boleh mengimbas tetapi setelah teks diimbas ia juga boleh diedit dengan menggunakan perisian biasa dan boleh disimpan data tersebut dalam storan awam. Terpulang  kepada anda berapa kerap kali melakukan kerja yang cukup memberikan kemudahan pada bila-bila masa sahaja untuk anda melaksanakan tugas tanpa pembantu atau setiausaha peribadi.

Produk pintar mudah alih IriScan Book 2 direka khusus hanya dengan menggunakan kuasa bateri dan storan yang dibuat ke dalam kod memori dan anda boleh melakukan pemindahan semua data kepada komputer.


Sunday, August 12, 2012

'Kekacang' legumes

Kacang Macadamia
Kini dalam pasaran global terdapat berbagai kacang berkhasiat antaranya Kacang Macadamia yang banyak mengandungi Zat Besi, Kalsium dan Magnesium dan kaya dengan Lemak Sihat sehingga 70% namun sangat rendah Protein hanya dengan kadar 8% sahaja. Walaubagaimanapun ia baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat disamping mengurangkan serba sedikit rasa mengantuk.

Kacang Macadamia boleh memulihkan gangguan Hati, menentang Anemia juga dapat membantu mengatasi ketagihan Alkohol terhadap peminum tagar yang sukar untuk berhenti daripada tabiat itu. Begitu hebat memperbaiki Sistem Saraf tubuh menjadi kebal menentang serangan penyakit berjangkit seperti tersebut.

Kacang Walnut
Begitu menarik antaranya menpunyai kandungan Asid Lemak Omega-3, memelihara fungsi Otak menjadikan fikiran lebih bijak, boleh membantu melindungi Jantung dan juga ada Magnesium.

Berkhasiat mengawal penyakit Barah, melagakan Stres tetapi harus dimakan mentah-mentah, satu pengalaman untuk para pelajar iaitu fungsi otak akan jadi pintar terutama sekali bila sibuk belajar dalam kelas kuliah dan menumpukan perhatian ketika guru menerangkan mata pelajaran yang terlalu sukar.

Friday, July 20, 2012

Muzik Profesional Antarabangsa


Pencarian bakat seawal usia 12 hingga 18 tahun, sudah menamatkan enam tahun sesi persekolahan disamping memiliki dedikasi bidang akademik dan instrumen muzik telah dipilih. Pelajar harus mempunyai 'Kriteria Utama' mata pelajaran Bahasa Inggeris A2/B1 serta mahir memainkan Intrumen Muzik Klasik.

Selain belajar seni persembahan, konsert dan intrumen muzik seperti biola, seruling dan klarinet, para pelajar perlu mengikuti kelas Matemetik, Sains, Kemanusiaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga Pendidikan Jasmani.

Tahiah Malaysia dipilih sebagai Negara lokasi pertama dikawasan seluruh Asia untuk sesi uji bakat seterusnya akan diperluaskan ke Negara lain iaitu Seoul, Korea Selatan; Singapura dan Shanghai, China serta Bangkok, Thailand.

Pelajar berminat menyertai pangajian di AMADEUS - International School of Music Vienna, Australia (AMADEUS - VIENNA) akan melangsungkan Sesi Akademik pertama September 2012 turut menyediakan pendidikan khas muzik dan latihan Profesional Antarabangsa sampai peringkat tinggi setelah kalangan pelajar terpilih terus mengikuti pengajian dari grad 7 hingga gred 12 dan layak menerima segolong Diploma. Disamping suasana pembelajaran menarik dan merangsang inovasi tinggi jua dedikasi muzik untuk melatih para pelajar menjadi Pemuzik Profesional Antarabangsa.

Maklumat lebih lanjut berkenaan Akademik. Sila layari: www.amadeus - vienna.com


Wednesday, January 25, 2012

Bunga Kenanga

Masyarakat antarabangsa sudah lama menggunakan kuntum bungga kenanga untuk merawat secara tradisional dan kini ia sudah menjadi ramuan produk teknologi tinggi dengan kaedah saintifik terbukti berkesan menentang serangan penyakit namun begitu rawatan tradisional jua masih digunakan selain jimat kos, ia juga tiada bahan kimia merbahaya yang menjejaskan kesihatan.

Penyakit Malaria begitu juga Lelah kaedah rawatan tradisional hanya guna 3-5 kuntum bunga kenanga dengan mencelur ke dalam bekas air panas mendidih dan biar seketika 15 minit. Bila air sudah suam minum siang dan malam seperti meminum air biasa dan tiada kesan sampingan.

Rawatan untuk di minum daripada kumtum bunga kenanga ini sememangnya cukup mudah boleh pilih sama ada ia kering atau masih segar. Anda boleh rabus atau rendam dalam aip panas dan tutup tunggu seketika 15 minit kemudian tapis air itu dan minum.

Jangan susah hati tenangkan minda anda tanpa serangan penyakit kritikal disamping menjana gaya hidup mesra alam. By.. by Kenanga jumpa lagi minum bersama aku sayang...Senyum selalu...

Sunday, November 20, 2011

Majlis Resepsi

Semua masyarakat dunia mempunyai lembaran kenangan masing-masing. Paling penting sekali jangan melakukan kesilapan ketika melaksanakan Majlis Resepsi yang akan menjadi peristiwa hidup selagi mampu mencapai mengikut keadaan dan tempat serta sesuai, barulah cukup bermakna dan begitu memuaskan hati dalam kehidupan kerana belum pasti anda akan melakukannya di masa akan datang supaya tidak menyesal nanti dengan tindakan yang kurang bijak.

Suatu perkara harus diambil kira dari semua sudut adalah setakat mana persiapan untuk menghadapinya, supaya majlis resepsi lebih berseri sungguhpun cukup sedarhana namun begitu menarik perhatian.

Apakah 'tema' majlis resepsi yang akan diadakan, agar kelihatan menarik dan ada kelainan dengan majlis-majlis umum yang sering diraikan. Sebagai contoh 'kembara di awan biru' atau 'pelancongan kekasih dan perniagaan' dan seumpamanya terpulang kepada cetusan idea sesiapa sahaja yang akan meneruskannya.

Tentukan destinasi majlis resepsi dari mana bermula dan dimana akan berlangsung sehingga selesai, agar semua terlibat dapat merancang terlebih dahulu tanpa tertanya-tanya. Sebaiknya sertakan peta tempat majlis resepsi untuk menjelaskan kepada semua para tetemu dengan itu tidak buang masa mencari haluan destinasi majlis resepsi anjuran anda.

seandainya ada hadiah untuk pengunjung bertuah, sila umumkan diawal majlis resepsi supaya tetemu tidak balik cepat dan boleh menebus hadiah tersebut sebaik sahaja penutupan majlis resepsi berakhir.

Ukur kemampuan kos yang terlibat dan berapa bilangan tetemu yang akan dijemput, pastikan jamuan mencukupi supaya anda tidak malu seperti sesetengah orang menjemput ramai tetemu tetepi jamuan tidak mencukupi, sekiranya ini berlaku anda akan dicemuh dalam majlis resepsi atau kemudian hari orang ramai akan berkata itu dan ini, lantas anda pasti dipersalahkan walaupun ternyata kebanyakan tetemu adalah kenalan mahupun kawan rapat. Hakikatnya anda terpaksa terima yang sepatutnya majlis resepsi anda mengembirakan namun bertukar menyakitkan hati akibat kesilapan tanpa disedari dan tidak dijangka.

Thursday, September 29, 2011

Oksigen Tubuh Seimbang

Biasakan diri anda melawan arus kehidupan serba mencabar. Setiap masa selalu dapatkan oksigen semula jadi bina kekuatan tubuh badan untuk memelihara kesihatan. Antara sumber oksigen semula jadi yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan tubuh ialah bangun awal pagi dan hidu udara bersih disekitar yang banyak tumbuhan hijau berdekatan lokasi anda. Tubuh badan anda akan serta merta sihat namun oksigen dalam tubuh badan akan berkurangan disebabkan aktiviti kehidupan moden yang tidak dapat dielakkan seperti pencemaran dan sebagainya.

Anda perlukan oksigen sepanjang waktu untuk aktiviti harian dalam masa yang sama kesihatan tidak terjejas. Pengunaan alat bantuan dapat mengekalkan oksigen dalam tubuh badan sepanjang masa supaya tidak letih bekerja seperti magnet bertekanan tinggi, infra red, titinium, herba asli, vitamin dan sebagainya.

Tubuh badan akan kekurangan oksigen disebabkan banyak faktor antaranya penggunaan alat teknologi tertentu tetapi tidak membahayakan, hanya menjejaskan kesihatan namun demikian pelbagai alatan teknologi harus digunakan untuk kemudahan disamping itu pencemaran alam, menu pemakanan yang salah dan berlebihan untuk keperluan tubuh, aktiviti harian yang agak lasak dan sebagainya juga turut menyumbang terhadap kekurangan oksigen yang semakin tidak seimbang.

Seseorang yang kurang oksigen dan tidak seimbang dalam badan akan cepat letih bila melakukan kerja-kerja berat, kerja harian ringan tetapi kurang bertenaga, fungsi otak akan menjadi tidak sensetif dan memori merusut, pendengaran berkurangan, penglihatan agak kabur, sukar bernafas dan sebagainya yang berkaitan dengan saraf.

Hidup mesra alam masih boleh diteruskan kalangan masyarakat dunia, biarpun apa sahaja pelbagai alat teknologi yang digunakan tetapi harus gunakan alat teknologi yang boleh seimbangkan oksigen dalam tubuh badan kerana setiap hari tubuh badan memerlukan keseimbangan oksigen untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik terutama sekali memelihara kesihatan dan mencegah serangan penyakit walaupun sibuk dan menghalang faktor-faktor yang akan mengurangkan oksigen tubuh badan.

Perlu diingatkan sekali lagi, banyak faktor punca kekurangan oksigen dalam badan bukan sahaja daripada alat teknologi tertentu malahan paling ketara ialah pencemaran alam yang sukar dibendung dan cita rasa hidup seseorang itu sendiri.

Saturday, September 17, 2011

Herba Rempah Ratus

Tumbuhan herba rempah suatu bahan semula jadi sajian masyarakat dunia sebagai perisa masakan, jus dan banyak lagi. Khasiat herba rempah ratus sangat baik untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan selain berfungsi mencegah pelbagai penyakit dari peringkat awal. Semenjak dahulu kala, kalangan masyarakat antarabangsa telah menggunakan pelbagai herba rempah ratus untuk menjalani aktiviti harian disamping menambah kekuatan tuduh badan, maka secara langsung mencintai budaya hidup mesra alam yang tidak menjejaskan kesihatan.

Masyarakat zaman teknologi telah melalui perubahan dan perkembangan terbaru begitu pantas sehingga tiada masa menjaga dan mengekalkan kesihatan disamping pencemaran alam tahap tinggi menjejaskan kesihatan masyarakat dunia dan akan menyumbang pelbagai penyakit kronik. Namun begitu, ketika ini tumbuhan herba sudah banyak diproses di serata benua untuk pengeluaran hasil pengilangan bagi membekalkan pasaran permintaan masyarakat dunia yang semakin meningkat kerana ingin hidup lebih sihat dan selesa untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang semakin cepat merebak, sekiranya kurang daya tahan penyakit.

Halia sejenis tumbuhan herba rempah ratus yang banyak khasiat dan kegunaannya selain campuran perisa makanan dalam masakan. Halia dari sudut saintifik nama botaninya digelar zinggiber officinale boleh menjadi bahan ramuan mencantikkan bibir dan kulit terutama sekali kulit wajah serta mencegah jangkitan parasit juga merawat luka.

Halia berkesan memperbaiki dan meningkatkan daya tahan seks disamping memecahkan lemak dalam tubuh, menambah selera makan, merawat rasa tidak selesa atau rasa mual atau loya dan dapat mengelakkan kejang. Kaya dengan khasiat pati minyak oleoresin, vitamin A, B, C, asid organik, protein, bantu penghadaman, membuang angin dalam badan kerana mempunyai bahan semulajadi yang dapat memanaskan badan dan boleh diambil ketika cuaca sejuk untuk menahan kedinginan.

Ibu hamil dan orang sedang dalam rawatan tidak digelakkan mengambil dalam kuantiti yang banyak, mintalah nasihat pakar pemakanan atau doktor yang merawat anda seandainya mahu mengamalkannya dan berapa banyak dos atau sukatan yang boleh diambil.

Friday, September 16, 2011

Industri Makanan Halal

Makanan halal menyumbang kepada tubuh badan hidup mesra alam sepanjang masa. Makanan tercemar dengan pelbagai bahan kimia akan merosakan organ-organ dalaman tubuh badan manusia dan menjejaskan kesihatan serta menggangu aktiviti juga ekonomi harian kerana tidak berdaya saing disamping kos sarah hidup meningkat. Ini masalah masyarakat dunia yang sedang dihadapi ketika ini?

Makanan halal bersih lagi suci akan menyuburkan tubuh badan dan pemikiran yang terbaik disamping menjalani aktiviti harian dalam menjadikan budaya masyarakat hidup lebih sihat. Tidak kira apa anda makan asalkan halal bersih lagi suci ia tetap menyumbang kepada tubuh dan pemikiran yang sihat. Ramai orang kurang sihat dan berada dihospital, cuba hitung berapa yang telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit berpunca daripada makanan tercemar serta tidak halal dan sebagainya akan memusnahkan hidup anda sedikit demi sedikit.

Pilih hidangan makanan keluarga dengan bijak supaya anda tidak menyesal. Makanan halal bersih lagi suci lebih berkat walaupun sedikit. Makanan halal boleh didapati dari pelbagai lokasi berdekatan dengan anda seperti makanan mempunyai logo halal atau tempat yang anda sedia ketahui dengan pasti tanpa was-was.

Keperluan makanan halal begitu tinggi dengan permintaan pasaran dunia melebihi 6 billion setahun, masih belum menampung pengguna masayarakat antarabangsa keseluruhan. Dimana masyarakat Eropah bukan Islam juga memilih makanan halal supaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan sekali gus mencegah penyakit kritikal sepanjang hayat malah dapat mengurangkan kos rawatan akibat makanan tidak halal dan bila kita renung sejenak betapa pentingnya makanan halal dalam kehidupan masyarakat dunia yang boleh menjamin kesihatan selagi hidup dimuka bumi ini.

Potensi pasaran dan kualiti Makanan Halal bukan sahaja menyumbang kepada budaya hidup sihat malah membina Industri Halal Global sekali gus membekalkan makanan bebas pencemaran alam dan mengelakkan pelbagai punca penyakit sekiranya pengeluar produk halal mematuhi keperluan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) yang selaras dengan Sistem Pembangunan Standard Malaysia dibawah tanggung jawab Jabatan Standard Malaysia (DSM).

Keistimewaan produk halal boleh melahirkan pemikiran mental cukup hebat dan telah terbukti melalui kajian saintifik semenjak zaman kegemilangan Islam hingga diakui para saintis dunia bahawa makanan halal akan mempengaruhi jati diri seseorang itu yang akan membentuk peribadi mulia disisi Tuhan dan masyarakat sekelilingnya. Tidak hairan produk halal sedang berkembang luas serata dunia bukan sahaja dari segi makanan halal malahan pelbagai urusan berlandaskan syariah seumpamanya mahupun perbankan Islamic dan sebagainya.

Sesuatu yang menarik Negara Malaysia telah menganjurkan Forum halal Sedunia (WHF) pertama kali di rantau Eropah yang dihadiri 33 negara selama dua hari tahun lalu nov 17 & 18 di Pusat Konvensyen Dunia Hugue, Belanda dalam mengembangkan potensi Industri Halal di arena antarabangsa dan menyampaikan mesej sebenar produk halal. Forum bertemakan ‘Potensi Halal- Fokus Serantau’ Penceramah forum Mufti Besar Bosnia Herzegovina dan Dr Mustafa Ceric serta Dr Michael Appleby ahli Majlis Ternakan Ladang United Kingdom, menjelaskan dengan lebih terperinci difinisi dan potensi produk halal telah mendapat sambutan dan diterima masyarakat dunia tanpa sempadan benua.

Dapat disimpulkan industri halal boleh membina Ekonomi Masyarakat antarabangsa dan menyumbang pembangunan minda insan kualiti disamping hidup mesra alam dan bebas daripada serangan penyakit kritikal yang berpunca daripada pembuatan pengeluar atau pengilang makanan mematuhi Sistem Standard Antarabangsa.